Tuesday, August 24, 2010

Kisah Terawih Laju dan Pemandu teksi yang jahat di Bulgaria

Salam,

Dalam post kali ini, saya akan bercerita 2 kisah.

Kisah pertama

Pengalaman solat terawih di Bulgaria amat menarik. Alhamdulillah saya dapat menyempurnakan ibadah solat di masjid Azizi di Varna atas budi baik En. Mustafa (seorang pengusaha kilang baju). Sedikit menegenai Mustafa ini, beliau berumur 50 tahun dan mempunyai kerakyatan Germany tetapi berketurunan Arab Tunisia. Mustafa ini adalah pengusaha baju berjenama Daniel Hector dari Paris. Berkenalan dengan beliau semasa dalam perjalanan pulang dari Hungary ke Varna. Keakraban dan kemesraan terjalin atas persaudaraan islam.

Masjid di Sofia, Bulgaria


Mustafa amat bermurah mengambil ku dari rumah ke masjid setiap hari. Di masjid, kebanyakkan jemaah ialah berbangsa Turki dan sememangnya procedure solat mereka amat berbeza dengan apa yang di amalkan di Malaysia maupon di UK. Jumlah solat terawih ialah 20 rakaat dan witir 3 rakaat. Solat terawih ialah 4 rakaat dengan satu salam. Di akhir setiap rakaat, jemaah akan mengucapkan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Tetapi kelajuan melakukan solat amatlah tersama pantas sampai tak sempat saya nak baca surah fatihah. Kelainan di solat witir pulak, di akhir rakaat, sebelum rukuk, tabir 2 kali sebelum sujud. Di UK, di akhir witir, bacaan doa qunut akan di baca (kelaziman di Mekah juga). Di Malaysia, bacaan doa qunut akan di baca pada bermulanya malam ke 15 ramadhan. Juga terdapat perbezaan ketara di kalangan jemaah.

Di perhatikan sebilangan warga Turki yang muda2, tidak mengendahkan pakaian dalam masjid. Di musim panas, pakai seluar katuk biasa, sampai ternampak kepala lutut (aurat tu). Tidak menjadi masalah bagi mereka. Bertindik dan berantai pon takda masalah. Pernah ku suarakan permasalahan ini pada 'otai' arab di sini. Mereka berkata mentaliti orang2 bulgaria berketurunan turki sudah sangat-sangat keras untuk menerima teguran. Maka kalau di lihat, mereka memodenkan cara amalan dan pakaian mereka tanpa merujuk pada tuntutan syariah Islam. Wanita pula, boleh solat tanpa menutup bahagian2 yang sememangnya aurat bagi mereka, sebagai contoh, boleh solat dengan pakai skirt sahaja dan berselendang tanpa tutup rambut dengan rapi. Jadi tidaklah musykil kalau mereka tidak mengendahkan halal haram dalam permakanan dan selanjutnya.

Kisah ke kedua

Ini berkenaan pengalaman saya membuat komplain pasal teksi driver yang 'paw' aku untuk perjalanan yang dekat. Selalunya perjalanan ke Grand Mall of Varna cume 4 ke 5 leva sahaja..tapi hari itu, meter teksinya menunjukkan 17 leva. Walawei...aku pon katalah, meter ko tu salah tu. Di tinggikan suaranya, kata, betul lah ni. Malas nak berdebat, aku pon tak pandai bertengkar dalam bahasa Bulgaria. Maka aku pon ambillah resit (nasib baik ada resit) dan nombor teksi dan pendaftaran teksi. Dalam hati aku " siap ko". Aku terus telefon polis yang pernah kasik nombor telefon dia kat aku (kalau ada masalah , call dia). Setelah di nasihatkan, aku pon membuat report dan hantar ke jabatan pengangkutan Bulgaria kat Varna ni. Di sini ia di sebut DAI (sebutan DA EE). Setelah sepurnama lamanya, maka semalam DAI call aku untuk datang ke opis utk menerima pampasan dari pemandu teksi yang kurang asam tu. Alhamdulillah, aduan aku tidak sia-sia. Mana taknya, aku siap print google map untuk tunjuk jarak perjalanan aku ke Grand Mall of Varna dan kepilkan sebagai bukti. Report dalam bahasa Bulgaria pulak tu. Tima kasih pada officemate aku untuk terjemahan.

Sampai di opis hari ni, aku di suruh menunggu di dalam sebuah kamar bersama pemandu teksi yang kurang asam tu. Dia hulur 10 leva. Aku cakap : "apa ni?"Pastu pegawai DAI tu cakap, ini adalah pampasan atas ambil terlebih duit itu hari. Aku kata : "No, he must pay me more because the actual fare is 4-5 leva only and he took 17 leva from me". Aku sambung lagi : "now he is offering me 10 leva, that is not right. Instead he need to cover all my expenses for coming to DAI and submitting my report". Angguk pulak si pegawai DAI tu. Aku dah agak dah dia orang ni dah buat perjanjian bawah meja sebelum aku datang. Mesti dorang dah kawtim pasal saman (kalau betul 500 leva penalty kat pemandu teksi bongek tu). Aku berkeras nak 30 leva samabil berkata " I am not making any profits here". Terbayang ketika si pemandu teksi tu berkeras nak suruh aku bayar harga fare cekik darah dia itu hari. Baru dia rasa apa aku rasa. Hampeh. Akhirnya aku dapat 30 leva. Alhamdulillah. Bukan sebab duit sangat, tapi aku nak mengajar erti kena 'paw' kat teksi driver tu. Sure dia dah kena paw sama DAI gak. Sebab kat Bulgaria ni, makan suap, memang lumrah. Di sebabkan nak untung 12 leva, dia kena mungkin dalam 200 leva utk suapan dan 30 leva utk aku...hahahaha. Rsakan ko!

Di harap menjadi pengajaran sama dia, jangan cuba menipu pelanggan lagi. Mentang-mentanglah aku ni muka bukan Bulgaria...tapi aku tahu hak pengguna Bulgaria.

4 comments: