Friday, July 31, 2009

Jakarta



Jakarta..perjalanan yang sungguh menarik..yang selalu ku dengar pasal jakarta ialah macet iaitu traffic jam, shopping dan main golf.





Menaiki pesawat Air Asia, ianya cuma mengambil masa 2 jam dari Sepang.

TEKSI
Bagi sesiapa yang tak pernah sampai di Jakarta, pastikan naik teksi yang berjenama 'Blue Bird'. Pengalaman kami :- sesampai di airport Jakarta. Terus ke kaunter pertanyaan pelanggan yang di ada dalam airport. Ada seorang lelaki berpakaian biasa duduk di kaunter tersebut. Aku pon bertanya "di mana kami boleh cari kaunter teksi Blue Bird?" Lelaki pembohong ni terus bertanya aku balik "Bapak mau ke mana?" Jawab ku "Batavia Hotel". Dengan yakin nya dia terus berkata "Ahh..bapak dari Malaysia ya...oo..kalau ke tempat itu harga nya cume 170,000 rupiah" . Terus tanpa berlengah-lengah..dia mengajak , "Mari ikut saya bapak, saya boleh hantarkan".

Aku pon ikutkan je lah..tapi hati macam tak senang je dengan keramahan pembohong ni. Bila di bawanya ke kereta Avanza, satu lambang Blue Bird pon aku tak nampak, seakan-akan aku pasti terjerat kalau naik terus. Maka aku pun cakap lah " Maaf Pak ya, saya mau yang Blue Bird, bapak punya mobil bukan Blue Bird"......dengan yakin nya pembohong ni cakap "Pak, saya ni satu company sama blue bird cume saya enggak ada meter"..Fuh..nasib baik aku tanya balik..terus aku blah..cari teksi warna biru.

Rupa-rupanya , kalau ikut meter, harga nya hanya 70,000 rupiah sahaja. Tol kena bayar 11,000 rupiah (pelanggan tanggung).

Shopping

Memang barang-barang murah..especially kain baju..atas syor teman2, aku pergi ke Tanah Abang. Tapi yang tahan nya nak ke sana...macet..mak oii sibuknya jalan ke situ..panas pon ye jugak.


Conclusion: aku x suke shopping.

Rokok Marlboro = 11,000 rupiah bersamaan RM3.80.

Next Month, aku pergi lagi..kali ni ke Bandung, insyallah..nantikan gambarnya

Friday, July 24, 2009

I HATE MU


Yeah...I hate MU..but bila dpt tiket free, I feel excited to go watch the match between Malaysia and Man united. Anyway thanks to Sahiza for her courtesy to give us 2 free tickets (grand stand ooo).




Wednesday, July 15, 2009

Kuasa Ultraman


Kuasa Ultraman sebenarnya terletak pada tangan seorang kanak-kanak.

Wednesday, July 8, 2009

Main Bola




Minggu lepas, kekawan sekolah lama TIKL adakan perlawanan persahabatan bersama adik2 yang sedang menuntut di TIKL. Di sebabkan form 5 students sume dah bersiap-siap nak menempuhi SPM, maka di hantarnya bebudak form 4.


Perlawanan persahabtan ni melibatkan dua game : bola sepak dan netball.

Maka ramailah kekawan satu batch 1987-1988 datang sama dengan perut masing2 di depan. Permainan di adakan di padang TUDM sg. besi. Game bermula pada pukul 4.30 ptg. Punyalah panas..cair badan.

Seperti di jangkakan, player-player OTAI sume bertenaga hanya dalam tempoh 5 minit pertama...selepas tu semua player layu kepenatan teramat. Game bola berakhir dengan 5 gol tanpa balas, manakala game netball menyaksikan pertarungan sengit 9-3. Tentu skali pihak OTAI terpaksa menerima kekalahan akibat hidangan petang yang begitu lazat, hingga membuat player-player OTAI kekeyangan. Apa-apa pun sume org suke hati dan kepenatan.

Friday, July 3, 2009

Pilahdephia

Minggu lepas aku balik kampung org rumah ku di Pilahdephia. Kali ni balik mmg best sebab aku dapat merasa buah durian, manggis dan rambutan yang mana aku miss for about 4 years.

Pastu ada lak jiran mak mentua aku menternak ikan talapia merah..perghhh!! jadi nelayan lah aku.