Thursday, April 28, 2011

Kisah Lampau utk bacaan sume Bahagian 1


RUMAH KU DI VARNA, BULGARIA

AKU TAKDA CERITA BARU...JADI CERITA DI BAWAH NI ADALAH BERKENAAN DENGAN KISAH LAMPAU KU KELUAR DARI BULGARIA.


Hari ini bertarikh 16hb December 2010, aku terdampar di bandar Bourgas yang lokasinya terletak di selatan Bulgaria dan mengambil masa 3 jam perjalanan dari Varna. Bagaimana aku boleh sampai di sini. Begini ceritanya.

Pada pukul 16/112/2010, aku sepatutnya menaiki pesawat Wizzair dari Varna ke Luton, London. Penerbangan di jadualkan pada pukul 1.55 tghari. Tetapi 2 jam sebelum itu, salji turun berjurai2 menutupi bandar Varna dan sekitarnya. Hampir sume penerbangan di batalkan. Maka dengan pembatalan penerbangan ini, aku di berikan nombor customer service utk di hubungi. Duit bulgaria sume dah di tukar...camana aku nak balik ke Varna...bersama aku 2 beg yang sgtlah berat. Aku pon call lah taksi drebar nama Stefan (org baik dier ni). Dlm perjalanan ke bandar Varna semula, aku call customer service Wizz air...dorang offer aku penerbangan lain...tp kat bandar Bourgas pada hari 18hb December jumaat.Aku pon terima lah sebab sume next flight dari Varna ke London abis kena sapu. Dlm teksi tu, aku pon ckplah sama Stefan, aku ni duit dah takda...boleh tak bawak ke money changer dan sambil tu aku offer dia bawak aku ke Bourgas. Dia mcm berat...sebab masa tu snow masih lagi turun lebat..dlm kepala aku, mmg payah ni...jalan mesti banyak tutup sebab membahaya. Dia pon stopkan aku kat money changer. Sambil tu dia kuar berborak ngan gang2 teksi dier.

Setelah sampai semula membayar tambang pada Stefan, dia mengusulkan aku supaya naik minibus ke Bourgas malam ni jugak...pikir2...asalkan ada kenderaan nak ke Bourgas waktu snow camni..amik je lah. Minibus tu 16 seater...pemandu dia...bawak laju giler dlm snow...hantam je lah...janji sampai...dlm bus, aku kelaparan, dan kepenatan. Nasib baik stefan tu dah pesan sama driver minibus tu supaya drop kan aku kat airport Bourgas. Mamat drebar ni pulak stop 100 meter dari airport. Nilah 100 meter paling sukar dlm hidup aku....menyeret bag seberat 45 kilo dlm keadaan suhu bawah -10, snow tebal dan angin yang kuar....perghhh...masa tu gak pikir nape aku x main angkat berat...kalau idak..sah selamba je aku seret...dah latu...jalan licin..kasut xde grip...seret bag..sekali ngan snow dedaun2 aku seret...

HARI-HARI TERAKHIR DI VARNA



Setelah bersusah payah , sampai lah aku di airport Bourgas.....pastu bunyi cengkerik....kosong!! Tiba2 aku di sapa oleh serog pegawai polis wanita..dlm bahasa bulgaria dia bertanya...aku dah agak dia mesti tanya apa aku bikin kat sini..sebab mmg malam xde flight kuar dari Bourgas. Dengan menggunakan tangan dan beberapa patah bhs bulgaria, aku pon explain lah yang aku kena naik kpl terbang dari Bourgas airport...aku terus tanya, kat mana restuarant..aku lapar nak makan...sebab masa tu kol 8 malam...last food masuk perut kol 9 pagi tadi....dia dan kawan kesian tengok aku..maka dorang pon offer supaya letak bag dan kata ada vending machine kopi je kat bangunan sebelah. Pastu aku teringat restoran Happy ada buat delivery...aku nampak dorang ada tenet...so aku suh dorang browse kan nombor delivery. Aku bagi phone aku, dorang order kan aku pizza sayur dan setin coke yg berharga 10.88 leva. Delivery akan mengambil masa 1 jam....perghhhh...okaylah..dari xde kedai lansung malam2 ni. Sambil menunggu, aku interview lah dorang ngan broken bulgaria aku ni...nama dorang ialah Nadia dan Stoyanka. Pastu aku kuar nak beli kopi kat mesin kopi kat banguna sebelah..di situ, aku di tahan pegawai polis lelaki...dia tanya dlm broken english...soklan sama...apa ko buat kat airport malam2 ni...aku pon citerlah balik dan plan aku utk tidur kat airport.

Dia pon kesian , dia usulkan pada aku supaya gi hotel..tak jauh dari airport...aku ckp..aku x tak tahu nak gi...dia kesian lagi, dia offer naik kete polis dier..dia kata dia boleh hantar ke hotel..situ ada restaurant bagai. Aku pon terus pecut jumpa nadia dan stoyanka...aku ckp ada org nak hantar aku ke hotel...suh dorang tolong kenselkan delivery pizza tu..tp malangnya happy kata x boleh...sebab delivery boy dia dah kuar. So aku pon ckp sama Nadia..suh dia kasik tahu polis tu...suh dia tunggu sat. Tapi polis lelaki tu ckp...takpe nanti dia dtg semula 30 minit pas tu. Pizza pon sampa i tak lama kemudian

Budak pizza tu terus tegur - U speak english...aku pon jawab ye...dia tanya aku dari mana. Pastu dia tanya soklan sama apa aku buat kat airport malam2 takda org ...aku citer lah bende sama...dia ponkesian. Dia pon offer hantar aku ke bandar Bourgas naik kete delivery dier ..sebab dia kata hotel Bourgas lagi murah dari hotel kat airport tu. Dlm kereta, budak tu pon kenalkan diri dia sebagai Nick (dah add dlm FB dah). umur dia 22 tahun. Dia tanya umur aku....masa ni mmg kesian tgk muka dier..x caya umur aku...kekekeke. Si Nick ni pernah duk US 6 bulan, so english dia lagi elok dari Nadia dan Stonyaka. Anyway, Nick hantar aku kat Hotel avenue...50 leva satu malam sama breakfast dan internet. Dia siap angkat kan beg aku ke hotel...so begini lah aku utk malam ni, dan malam esok...hope esok ada org kesian ngan aku lagi.....ya allah permudahkan lah urusan ku di hari2 mendatang

No comments:

Post a Comment