Thursday, July 15, 2010

Bahasa


Palace of Versailles, originally uploaded by John Pandai.

Dalam post kali ni, aku ingin berkongsi pengalaman sebagai perantau. Dalam kita hidup di negara orang, satu perkara yang bagi ku amat penting iaitu kemahiran berbahasa.

Selama ini semasa di Eropah, aku memerhatikan selain dari English Language, bahasa lain seperti bahasa French dan German juga amat luas di gunakan. Tapi semasa perjalanan ku di Paris dan Frankfurt, dan aku berjumpa ramai org2 timur tengah yang tinggal di Eropah.

Pada ketika itulah, baru ku sedar, bahasa Arab juga penting (selain dari mengaji Quran). Maka aku berkenalanlah aku ngan saudagar Mustafa keturunan Arab Tunisia yang tinggal di Stuggart. Dia boleh berbahasa 6 bahasa tapi bukan english. So berbekal kan pelajaran Arab ku yang setnggi pokok taugeh, dptlah aku berbicara ngan dia. Syukur jugak isteri ku yang juga ada basic French (tinggi sikit dari pokok taugeh). So perbualan antara kami, 3 bahasa di gunakan. Bila dia nak explain something ngan aku, Saudagar Mustafa berbicara Arab..pastu aku terjemahkan pada isteri ku. Kalau aku tak paham bhs arab, dia ckp dlm bhs French ngan isteriku, pastu isteriku terjemahkan utk ku.

Perkenalan dengan saudagar Mustafa, amat2 memberikan perangsang utk ku meninggikan pokok taugeh Arab ku. Insyallah satu hari nanti. Amin

1 comment: