Thursday, April 28, 2011

Kisah Lampau utk bacaan sume Bahagian 1


RUMAH KU DI VARNA, BULGARIA

AKU TAKDA CERITA BARU...JADI CERITA DI BAWAH NI ADALAH BERKENAAN DENGAN KISAH LAMPAU KU KELUAR DARI BULGARIA.


Hari ini bertarikh 16hb December 2010, aku terdampar di bandar Bourgas yang lokasinya terletak di selatan Bulgaria dan mengambil masa 3 jam perjalanan dari Varna. Bagaimana aku boleh sampai di sini. Begini ceritanya.

Pada pukul 16/112/2010, aku sepatutnya menaiki pesawat Wizzair dari Varna ke Luton, London. Penerbangan di jadualkan pada pukul 1.55 tghari. Tetapi 2 jam sebelum itu, salji turun berjurai2 menutupi bandar Varna dan sekitarnya. Hampir sume penerbangan di batalkan. Maka dengan pembatalan penerbangan ini, aku di berikan nombor customer service utk di hubungi. Duit bulgaria sume dah di tukar...camana aku nak balik ke Varna...bersama aku 2 beg yang sgtlah berat. Aku pon call lah taksi drebar nama Stefan (org baik dier ni). Dlm perjalanan ke bandar Varna semula, aku call customer service Wizz air...dorang offer aku penerbangan lain...tp kat bandar Bourgas pada hari 18hb December jumaat.Aku pon terima lah sebab sume next flight dari Varna ke London abis kena sapu. Dlm teksi tu, aku pon ckplah sama Stefan, aku ni duit dah takda...boleh tak bawak ke money changer dan sambil tu aku offer dia bawak aku ke Bourgas. Dia mcm berat...sebab masa tu snow masih lagi turun lebat..dlm kepala aku, mmg payah ni...jalan mesti banyak tutup sebab membahaya. Dia pon stopkan aku kat money changer. Sambil tu dia kuar berborak ngan gang2 teksi dier.

Setelah sampai semula membayar tambang pada Stefan, dia mengusulkan aku supaya naik minibus ke Bourgas malam ni jugak...pikir2...asalkan ada kenderaan nak ke Bourgas waktu snow camni..amik je lah. Minibus tu 16 seater...pemandu dia...bawak laju giler dlm snow...hantam je lah...janji sampai...dlm bus, aku kelaparan, dan kepenatan. Nasib baik stefan tu dah pesan sama driver minibus tu supaya drop kan aku kat airport Bourgas. Mamat drebar ni pulak stop 100 meter dari airport. Nilah 100 meter paling sukar dlm hidup aku....menyeret bag seberat 45 kilo dlm keadaan suhu bawah -10, snow tebal dan angin yang kuar....perghhh...masa tu gak pikir nape aku x main angkat berat...kalau idak..sah selamba je aku seret...dah latu...jalan licin..kasut xde grip...seret bag..sekali ngan snow dedaun2 aku seret...

HARI-HARI TERAKHIR DI VARNA



Setelah bersusah payah , sampai lah aku di airport Bourgas.....pastu bunyi cengkerik....kosong!! Tiba2 aku di sapa oleh serog pegawai polis wanita..dlm bahasa bulgaria dia bertanya...aku dah agak dia mesti tanya apa aku bikin kat sini..sebab mmg malam xde flight kuar dari Bourgas. Dengan menggunakan tangan dan beberapa patah bhs bulgaria, aku pon explain lah yang aku kena naik kpl terbang dari Bourgas airport...aku terus tanya, kat mana restuarant..aku lapar nak makan...sebab masa tu kol 8 malam...last food masuk perut kol 9 pagi tadi....dia dan kawan kesian tengok aku..maka dorang pon offer supaya letak bag dan kata ada vending machine kopi je kat bangunan sebelah. Pastu aku teringat restoran Happy ada buat delivery...aku nampak dorang ada tenet...so aku suh dorang browse kan nombor delivery. Aku bagi phone aku, dorang order kan aku pizza sayur dan setin coke yg berharga 10.88 leva. Delivery akan mengambil masa 1 jam....perghhhh...okaylah..dari xde kedai lansung malam2 ni. Sambil menunggu, aku interview lah dorang ngan broken bulgaria aku ni...nama dorang ialah Nadia dan Stoyanka. Pastu aku kuar nak beli kopi kat mesin kopi kat banguna sebelah..di situ, aku di tahan pegawai polis lelaki...dia tanya dlm broken english...soklan sama...apa ko buat kat airport malam2 ni...aku pon citerlah balik dan plan aku utk tidur kat airport.

Dia pon kesian , dia usulkan pada aku supaya gi hotel..tak jauh dari airport...aku ckp..aku x tak tahu nak gi...dia kesian lagi, dia offer naik kete polis dier..dia kata dia boleh hantar ke hotel..situ ada restaurant bagai. Aku pon terus pecut jumpa nadia dan stoyanka...aku ckp ada org nak hantar aku ke hotel...suh dorang tolong kenselkan delivery pizza tu..tp malangnya happy kata x boleh...sebab delivery boy dia dah kuar. So aku pon ckp sama Nadia..suh dia kasik tahu polis tu...suh dia tunggu sat. Tapi polis lelaki tu ckp...takpe nanti dia dtg semula 30 minit pas tu. Pizza pon sampa i tak lama kemudian

Budak pizza tu terus tegur - U speak english...aku pon jawab ye...dia tanya aku dari mana. Pastu dia tanya soklan sama apa aku buat kat airport malam2 takda org ...aku citer lah bende sama...dia ponkesian. Dia pon offer hantar aku ke bandar Bourgas naik kete delivery dier ..sebab dia kata hotel Bourgas lagi murah dari hotel kat airport tu. Dlm kereta, budak tu pon kenalkan diri dia sebagai Nick (dah add dlm FB dah). umur dia 22 tahun. Dia tanya umur aku....masa ni mmg kesian tgk muka dier..x caya umur aku...kekekeke. Si Nick ni pernah duk US 6 bulan, so english dia lagi elok dari Nadia dan Stonyaka. Anyway, Nick hantar aku kat Hotel avenue...50 leva satu malam sama breakfast dan internet. Dia siap angkat kan beg aku ke hotel...so begini lah aku utk malam ni, dan malam esok...hope esok ada org kesian ngan aku lagi.....ya allah permudahkan lah urusan ku di hari2 mendatang

Tuesday, August 24, 2010

Kisah Terawih Laju dan Pemandu teksi yang jahat di Bulgaria

Salam,

Dalam post kali ini, saya akan bercerita 2 kisah.

Kisah pertama

Pengalaman solat terawih di Bulgaria amat menarik. Alhamdulillah saya dapat menyempurnakan ibadah solat di masjid Azizi di Varna atas budi baik En. Mustafa (seorang pengusaha kilang baju). Sedikit menegenai Mustafa ini, beliau berumur 50 tahun dan mempunyai kerakyatan Germany tetapi berketurunan Arab Tunisia. Mustafa ini adalah pengusaha baju berjenama Daniel Hector dari Paris. Berkenalan dengan beliau semasa dalam perjalanan pulang dari Hungary ke Varna. Keakraban dan kemesraan terjalin atas persaudaraan islam.

Masjid di Sofia, Bulgaria


Mustafa amat bermurah mengambil ku dari rumah ke masjid setiap hari. Di masjid, kebanyakkan jemaah ialah berbangsa Turki dan sememangnya procedure solat mereka amat berbeza dengan apa yang di amalkan di Malaysia maupon di UK. Jumlah solat terawih ialah 20 rakaat dan witir 3 rakaat. Solat terawih ialah 4 rakaat dengan satu salam. Di akhir setiap rakaat, jemaah akan mengucapkan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Tetapi kelajuan melakukan solat amatlah tersama pantas sampai tak sempat saya nak baca surah fatihah. Kelainan di solat witir pulak, di akhir rakaat, sebelum rukuk, tabir 2 kali sebelum sujud. Di UK, di akhir witir, bacaan doa qunut akan di baca (kelaziman di Mekah juga). Di Malaysia, bacaan doa qunut akan di baca pada bermulanya malam ke 15 ramadhan. Juga terdapat perbezaan ketara di kalangan jemaah.

Di perhatikan sebilangan warga Turki yang muda2, tidak mengendahkan pakaian dalam masjid. Di musim panas, pakai seluar katuk biasa, sampai ternampak kepala lutut (aurat tu). Tidak menjadi masalah bagi mereka. Bertindik dan berantai pon takda masalah. Pernah ku suarakan permasalahan ini pada 'otai' arab di sini. Mereka berkata mentaliti orang2 bulgaria berketurunan turki sudah sangat-sangat keras untuk menerima teguran. Maka kalau di lihat, mereka memodenkan cara amalan dan pakaian mereka tanpa merujuk pada tuntutan syariah Islam. Wanita pula, boleh solat tanpa menutup bahagian2 yang sememangnya aurat bagi mereka, sebagai contoh, boleh solat dengan pakai skirt sahaja dan berselendang tanpa tutup rambut dengan rapi. Jadi tidaklah musykil kalau mereka tidak mengendahkan halal haram dalam permakanan dan selanjutnya.

Kisah ke kedua

Ini berkenaan pengalaman saya membuat komplain pasal teksi driver yang 'paw' aku untuk perjalanan yang dekat. Selalunya perjalanan ke Grand Mall of Varna cume 4 ke 5 leva sahaja..tapi hari itu, meter teksinya menunjukkan 17 leva. Walawei...aku pon katalah, meter ko tu salah tu. Di tinggikan suaranya, kata, betul lah ni. Malas nak berdebat, aku pon tak pandai bertengkar dalam bahasa Bulgaria. Maka aku pon ambillah resit (nasib baik ada resit) dan nombor teksi dan pendaftaran teksi. Dalam hati aku " siap ko". Aku terus telefon polis yang pernah kasik nombor telefon dia kat aku (kalau ada masalah , call dia). Setelah di nasihatkan, aku pon membuat report dan hantar ke jabatan pengangkutan Bulgaria kat Varna ni. Di sini ia di sebut DAI (sebutan DA EE). Setelah sepurnama lamanya, maka semalam DAI call aku untuk datang ke opis utk menerima pampasan dari pemandu teksi yang kurang asam tu. Alhamdulillah, aduan aku tidak sia-sia. Mana taknya, aku siap print google map untuk tunjuk jarak perjalanan aku ke Grand Mall of Varna dan kepilkan sebagai bukti. Report dalam bahasa Bulgaria pulak tu. Tima kasih pada officemate aku untuk terjemahan.

Sampai di opis hari ni, aku di suruh menunggu di dalam sebuah kamar bersama pemandu teksi yang kurang asam tu. Dia hulur 10 leva. Aku cakap : "apa ni?"Pastu pegawai DAI tu cakap, ini adalah pampasan atas ambil terlebih duit itu hari. Aku kata : "No, he must pay me more because the actual fare is 4-5 leva only and he took 17 leva from me". Aku sambung lagi : "now he is offering me 10 leva, that is not right. Instead he need to cover all my expenses for coming to DAI and submitting my report". Angguk pulak si pegawai DAI tu. Aku dah agak dah dia orang ni dah buat perjanjian bawah meja sebelum aku datang. Mesti dorang dah kawtim pasal saman (kalau betul 500 leva penalty kat pemandu teksi bongek tu). Aku berkeras nak 30 leva samabil berkata " I am not making any profits here". Terbayang ketika si pemandu teksi tu berkeras nak suruh aku bayar harga fare cekik darah dia itu hari. Baru dia rasa apa aku rasa. Hampeh. Akhirnya aku dapat 30 leva. Alhamdulillah. Bukan sebab duit sangat, tapi aku nak mengajar erti kena 'paw' kat teksi driver tu. Sure dia dah kena paw sama DAI gak. Sebab kat Bulgaria ni, makan suap, memang lumrah. Di sebabkan nak untung 12 leva, dia kena mungkin dalam 200 leva utk suapan dan 30 leva utk aku...hahahaha. Rsakan ko!

Di harap menjadi pengajaran sama dia, jangan cuba menipu pelanggan lagi. Mentang-mentanglah aku ni muka bukan Bulgaria...tapi aku tahu hak pengguna Bulgaria.

Thursday, July 15, 2010

Bahasa


Palace of Versailles, originally uploaded by John Pandai.

Dalam post kali ni, aku ingin berkongsi pengalaman sebagai perantau. Dalam kita hidup di negara orang, satu perkara yang bagi ku amat penting iaitu kemahiran berbahasa.

Selama ini semasa di Eropah, aku memerhatikan selain dari English Language, bahasa lain seperti bahasa French dan German juga amat luas di gunakan. Tapi semasa perjalanan ku di Paris dan Frankfurt, dan aku berjumpa ramai org2 timur tengah yang tinggal di Eropah.

Pada ketika itulah, baru ku sedar, bahasa Arab juga penting (selain dari mengaji Quran). Maka aku berkenalanlah aku ngan saudagar Mustafa keturunan Arab Tunisia yang tinggal di Stuggart. Dia boleh berbahasa 6 bahasa tapi bukan english. So berbekal kan pelajaran Arab ku yang setnggi pokok taugeh, dptlah aku berbicara ngan dia. Syukur jugak isteri ku yang juga ada basic French (tinggi sikit dari pokok taugeh). So perbualan antara kami, 3 bahasa di gunakan. Bila dia nak explain something ngan aku, Saudagar Mustafa berbicara Arab..pastu aku terjemahkan pada isteri ku. Kalau aku tak paham bhs arab, dia ckp dlm bhs French ngan isteriku, pastu isteriku terjemahkan utk ku.

Perkenalan dengan saudagar Mustafa, amat2 memberikan perangsang utk ku meninggikan pokok taugeh Arab ku. Insyallah satu hari nanti. Amin

Saturday, June 19, 2010

Kisah dari Frankfurt

Alter Oper


Perjalanan kali ini, saya ke Frankfurt sebuah bandar di German. Bandar ini adalah pusat kewangan utk German. Tujuan saya ke sini bukanlah utk membuat urusan banking, tapi menghadiri seminar di University Johan Wolfgang. Kebetulan ada juga seminar yang di anjurkan oleh universiti tersebut bersama UKM mengenai Trade and Finance in Malay World. Maka dapat lah beramah mesra ngan para cendiakawan melayu. Juga saya berpeluang berjumpa kaum Melayu lain yang tinggal sekitar Frankfurt.


Bersama keluarga dari Singapura, Pakcik Muhamad, Makcik Mai dan Liza

Di Frankfurt, ada konsulat Malaysia di situ...kalau naik underground train..cume satu stesen je dari Central Stattion (Haubanhof). Kedai makan halal bersepah di bandar frankfurt..kedai makan siam, kebab, nasik briani..sume ada.


Restaurant Halal

Hanya satu contoh yang amat2 di alu2kan kalau di buat di Malaysia...naik kenderaan awam...xda org periksa tiket..maknanya penumpang harus jujur membeli tiket..bukan naik free. Alangkah indahnya kalau masyarakat di Malaysia dpt mencontohi sikap begini. Contoh lain ada juga,,seperti..kebersihan dan tahap disiplin yang tinggi. Train on time dan macam2 lagi lah...kang ada lak org suh aku duduk kat German.

Cerita di atas ini hanyalan nukilan kisah aku di sini, dan berharap dpt memberi sedikit pendedahan tentang perkara baik di luar negara agar dpt kita laksanakan bersama (kalau tak pon anak cucu kita nanti)

Friday, June 11, 2010

Mr. Bubble Bear and sunset


Mr. Bubble Bear and sunset, originally uploaded by John Pandai.

Gambar ini tiada kena mengena ngan hobi MissCeyla. Walaupon mmg hobi dia suke pada bende2 bernama Teddy Bear. Tak pasti dia ada hobi lain. Tapi kalau nampak teddy bear, pasti dia kegirangan.

My hobi...menembak dan menokok tambah pada gambar. Satu kepuasan. Untuk menghasilkan gambar sunset yang menarik, mmg perlukan filter lense yang sesuai ngan mood. Dlm gambar ini, saya menggunakan filter namanya Gradual Tobacco.

Gambar Hitler ni , saya cedok gambar yang sememangnya hitam putih dari google..pastu warnakan ngan pertolongan photoshop Cs3. Nampak hensem lak Hitler dlm warna..hehehe


Thursday, May 20, 2010

Extending working visa in Bulgaria


Sea garden, originally uploaded by John Pandai.

Ini lah pengalaman ku yang aku tak nak lalui lagi, tapi mungkin berguna utk mereka2 yang mungkin akan bekerja di negara bekas jajahan komunis ni. Penjelasan ini hanya utk mereka2 yang ada di sini sahaja sebab kalau nak masuk, itu cerita lain. The reason of this blog is because of the following:-

1. There is no printed procedure in explaining the process. Specifically in Varna
2. For those who do not understand Bulgarian language

Required documents:

1. Passport - do copy for each pages
2. Rental contract
3. Working permit
4. Work contract
5. Marriage certificate (if applicable)

All document copies except passport need to be certified by Notary (fees around 30 leva to 50 leva depending to type of document). If the document is not in Bulgarian language, you will need to get translated by certified translator (cost around 10 leva per document).

Other documents (only can be done during submission of the application) -
1. Declaration (only can be done in Notary office - 50 leva)
2. Application forms (2 copies)

Among the payments that need to be made for the application (payment at the bank- cash only) are:-

1. Tax = 13 leva
2. Another tax = 35.80 leva
3. Visa fees = 200 leva for six month, or 500 leva for 1 year.

You cannot pay all the above at one go. The payment instruction will be made upon the submission of each document (this is suck!) - you need to go to the bank in 3 different occasions. It is a shame that they can't think the effective way to reduce the complexity of the process. Particularly on the forms and payment procedure.

In sum, the whole process is damn complicated, and lengthy. In addition, don't expect friendly services or smiling faces.

Good luck...hehehe

Sunday, March 28, 2010

Gambar-gambar baru London

Kunjungan ke London entah ke berapa kali. Cume kali ni, bersama photographer yang berbakat En. Husni.

Gambar depan Buckingham Palace
Buckingham Palace

Tower Bridge
Tower Bridge

Yang ini pulak gambar di Brighton. The Royal Pavilion (Istana lama moyang Queen Elizabeth)
reflection